Sedekah Pahala Kepada Simati
Memahami DEFINISI & DASAR SEBENAR "SEDEKAH PAHALA KEPADA SI MATI" berdasarkan kefahaman menurut Al Quran dan As Sunnah.
saya tidak bahas dalam bentuk akademik atau teknikal hadith tetapi huraian saya adalah berdasarkan DALIL.
Apakah yang Nabi sebut di dalam hadith tentang apakah yang BOLEH MEMBERI MANFAAT kepada seseorang itu setelah dia meninggal dunia? Tanyalah seluruh ulamak diseluruh dunia atau para imam atau para ustaz jawapan mereka tetap sama iaitu 3 perkara sahaja yang dapat tolong mereka iaitu satu perkara yang menyelamatkan dia dari azab kubur dan 2 perkara yang terus menerus mengalirkan pahalanya walaupun ia telah meninggal.
PERTAMA: Apakah perkara yg mampu menyelamatkan dia dari azab kubur dan neraka? DOA DARI ANAKNYA . Maka anak2 ni kita perlu latih dia jadi anak2 yg baik dan pesan kat anak agar doakan kita setiap hari dan selepas kita mati. Walaupun doa anak mampu memberi syafaat kepada ibu bapa, namun itu bukan syarat ibu bapa boleh buat dosa sesuka hati, ia bergantung kepada rahmat Allah SWT atas dosa apa yg Allah nak ampunkan.
KEDUA: Pahala apa yang terus berjalan selepas dia mati?
Sedekah jariahnya. Sedekah yang bagaimana? sedekah jariah dalam bentuk wakaf iaitu selagi mana wakafnya itu masih dimanfaatkan oleh orang lain, maka selagi itu pahalanya akan terus menerus mengalir. Misalnya dia ada buat wakaf surau/masjid/van jenazah/kitab, justeru selagi mana ada orang solat disurau itu maka ia sentiasa mengalirkan pahala simati dari wakaf itu. Jadi kita yang masih hidup masih berpeluang untuk kejar peluang ini untuk hari mati kita. Kalau ada apa2 program wakaf REBUT!.
KETIGA :Pahala apa yang terus berjalan selepas dia mati?
Ilmu yang shahih dari Al Quran dan Hadith Shahih yang dia kongsikan. Justeru selagi mana orang memanfaatkan ilmu yg pernah diajarnya maka pahalanya terus mengalir.
Maka HANYA Tiga perkara ini shja simati akan dapat manfaat selepas dia mati.
Jadi, bagi orang yang hidup apa yang boleh kita buat untuk bantu simati berdasarkan hadith2 yang shahih dan pandangan para ulamak salaf adalah:-
1. Menunaikan hutang si mati, kalau si mati ada hutang maka tolonglah dia menjelaskan hutangnya. (yang ini, siapa2 pun boleh tolong ya.. )
2. Menunaikan hutang puasanya pada tahun terakhir sebelum dia meninggal. Jadi, kalau tahun terakhir sebelum dia meninggal tu ada hari yg dia tidak berpuasa disebabkan dia sakit maka fidyahkan untuknya. Namun kalau dia mati bukan sebab keuzuran (mungkin eksiden) tetapi masa ramadhan lalu dia "period" (muslimah) maka gantikan puasa untuknya ( yang ini, dilakukan oleh waris@kerabatnya).
3. Wasiatnya iaitu dia teringin sangat nak buat haji atau qurban tetapi tak kesampaian, maka laksanakan wasiat@hajatnya itu. (yang ini, dilakukan oleh waris@kerabatnya)
4. Mendoakan keampunan untuk si mati. Kalau kawan kita meninggal, maka kita doakan agar Allah mengampuni dosa simati sebab tu Agama beri ruang di dalam solat jenazah agar orang ramai mendoakan keampunan untuk simati (yang ini, sapa2 pun disaran untuk mendoakan).. INGAT.. Nabi suruh "Mendoakan kebaikan2&keampunan" ya dan bukan pula SEDEKAH AL FATIHAH..!
DARI PENJELASAN INI KITA DAPAT KETAHUI BAHAWA SIMATI AKAN DAPAT 3 PERKARA SELEPAS KEMATIANNYA DAN ORANG YANG HIDUP CUMA BOLEH TOLONG 4 PERKARA SHJA SEPERTI HURAIAN DI ATAS.
Adapun kenduri arwah, sedekah yassin, sedekah Al Fatihah , sedekah tahlil, maka segala bentuk "UPACARA IBADAH" ini TIDAK disyariatkan oleh Agama untuk dijadikan sebagai Alternatif sedekah pahala KECUALI satu ruang yang lain iaitu "Sedekah harta atas nama simati". Jadi, kalau anak2 nak sedekah pahala untuk mak/ayah maka anak2 bolehlah sedekahkan apa sahaja harta samada wang/makanan kepada fakir/miskin atas pihak simati.. Dan bukan pula melalui Acara/amalan yg TIADA ASALNYA DALAM AGAMA ISLAM..
SEMOGA BERMANFAAT DAN MENDAPAT KEFAHAMAN ILMU YG BENAR..
#ISTIQOMAHLAH ZIKIR PAGI&PETANG DAN JANGAN LUPA UTK MELAFADZKAN SAYYIDUL ISTIGHFAR..
Comments
Post a Comment