Skip to main content

Posts

Featured

Sedekah Pahala Kepada Simati

Memahami DEFINISI & DASAR SEBENAR "SEDEKAH PAHALA KEPADA SI MATI" berdasarkan kefahaman menurut Al Quran dan As Sunnah. saya tidak bahas dalam bentuk akademik atau teknikal hadith tetapi huraian saya adalah berdasarkan DALIL. Apakah yang Nabi sebut di dalam hadith tentang apakah yang BOLEH MEMBERI MANFAAT kepada seseorang itu setelah dia meninggal dunia? Tanyalah seluruh ulamak diseluruh dunia atau para imam atau para ustaz jawapan mereka tetap sama iaitu 3 perkara sahaja yang dapat tolong mereka iaitu satu perkara yang menyelamatkan dia dari azab kubur dan 2 perkara yang terus menerus mengalirkan pahalanya walaupun ia telah meninggal. PERTAMA: Apakah perkara yg mampu menyelamatkan dia dari azab kubur dan neraka? DOA DARI ANAKNYA . Maka anak2 ni kita perlu latih dia jadi anak2 yg baik dan pesan kat anak agar doakan kita setiap hari dan selepas kita mati. Walaupun doa anak mampu memberi syafaat kepada ibu bapa, namun itu bukan syarat ibu bapa boleh buat dosa sesuka hati...

Latest posts

Ceramah Oleh Ust Abdullah Khairi

Ceramah Oleh Ust Badlishah